Sunday, November 18, 2012

Perancangan bisnes 2013 : Kecil Sederhana


Apa perancangan bisnes anda untuk tahun 2013??

Ada beberapa bidang yang saya jangka akan mendatangkan margin keuntungan yang besar untuk tahun 2013 bagi usahawan kecil dan sederhana

1. Alternatif kedai Fizikal kepada kedai Online

Memulakan perniagaan online kini tidak susah seperti dahulu. Saya meilhat perniagaan online adalah sangat penting terutama kepada mereka yang sudah ada kedai fizikal. Tapi apakah kunci kekuatan perniagaan online 2013? Kekuatannya ialah kepada lokalisasi.

Kedai online perlu pertingkatkan capaian pelanggan dari lokaliti yang sama. Terutama kedai2 fizikal. Kedai fizikal mempunyai tarikan kepada penduduk sekitar. Tapi dengan peningkatan gaya hidup manusia yang semakin sebok dan gemar berbelanja online, kedai online yang menumpukan kepada lokaliti tertentu mampu memberikan mereka kemudahan dan membantu jualan kedai fizikal anda.

Ramalan : Speedmart99 akan ada kedai online

Implementasi : POS software yang boleh integrate dgn e-commerce software.Mudah untuk inventori dan accounting

2. Perniagaan berteraskan alam sekitar

Kempen hijaukan bumi dan kesedaran manusia untuk memelihara alam sekitar semakin boleh membantu melonjakkan perniagaan anda. Apa sahaja bentuk perniagaan anda, kaitkan dengan Green Tech, Mesra Alam dan Kitar Semula

Tapi pastikan ianya beretika. Jangan pula anda claim perniagaan anda hijau, tetapi sebenarnya menggunakan item2 murah dari China ;)

Buat bisnes kitar semula minyak masak contohnya.

Ramalan : Makin ramai orang akan claim itemnya organik. Istilah organik akan menjadi popular.

Implementasi : Source barang organik dari pembekal yang beretika. India mempunyai banyak produk yang mesra alam terutama dalam bidang tekstil dan makanan.

3. Perniagaan berteraskan kesihatan

Kesihatan merupakan topik penting dalam tahun2 mendatang. Peratusan dunia yang tua didalam dunia ini semakin membesar dari tahun ke tahun. Home nursing, gimnasium, pusat rawatan alternatif, pusat jagaan orang tua adalah antara bisnes menarik untuk tahun hadapan.

Bisnes kesihatan ini berbeza antara satu sama lain.Seperti home nursine care,ia tidak memerlukan modal besar. Manakala gimnasium dan dialisis memerlukan modal yang besar untuk memulakannya.

Ramalan : Masalah lebihan pelajar lulusan jururawat akan dapat diatasi.

Implementasi : Latihan perniagaan dan keusahawanan kepada profesional perlu dipergiatkan. (baca yang tersirat. Kepada pembekal latihan keusahawanan ambil perhatian. Bisnes bisnes bisnes untuk anda)
 
Jam pon dah pukul 845 am pagi, saya ada temujanji dengan peserta trip borong China pagi ini. Kami akan ke Plaza Borong Beg dan Kulit.

Bersambung....


0 comments :

Share with friends