Wednesday, May 12, 2010

Guangzhou vs Yiwu


ALhamdulillah saya kini di GZ masuk hari keempat dan akan pulang Jumaat ini. Trip kali ini adalah yg paling mencabar saya rasa. Dengan pelbagai ujian dan dugaan yang dihadapi, harapnya trip masa akan datang akan menjadi lebih teratur dan kemas.

Beberapa update GZ

Yide Lu dalam pembinaan. Jalan sangat sesak dan berabuk. Sukar nak bergerak dan cari barang dalam keadaan selesa.

Masjid Makam Saad Abi Waqas juga dalam pembinaan. Tidak dibuka untuk umum sepanjang pembinaan.

Harga barangan nampaknya ada kenaikan. Bila ditanya kpd peniaga kenapa harga mahal, mereka beri alasan masalah forex yg menyaksikan nilai RMB agak menyusut kebelakangan ini.

Tiket Air Asia jg makin mahal ke GZ.

Ini kali ketiga saya ke GZ. Pada Januari lalu saya berpeluang utk kali pertama ke Yiwu.

InsyaALlah bila pulang nanti saya akan buat entry perbandingan atr Yiwu dan Guangzhou.

0 comments :

Share with friends