Underwear and Lingerie Market

Guangzhou Lingerie and Underwear Market di Zhan Qian Lu

Memborong terus dari pembekal di China

Gandakan keuntungan anda dengan memborong terus dari pembekal pelbagai produk di China. Pakaian, cenderamata, permainan, elektronik dan banyak lagi.

Servis shipping door to door dari China - Malaysia

Mengapa bayar lebih?Tanya kami untuk shipping FCL/LCL dari China ke Malaysia. Terima barang terus di muka pintu kedai/rumah anda!

How to connect to Facebook in China

Read our experience on how to connect to Facebook and other banned website in China such as blogger,twitter and even Youtube.

Guangzhou Halal Guide

Halal food is essential for muslim traveler. So we try to compile the best halal restaurant in Guangzhou and Yiwu,China.

Tuesday, December 25, 2012

Shipping dateline

Salam kawan2 semua yang membuat shipping dengan Bezahra Trading

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh akhir penghantaran barang ke gudang ialah pada

21 JANUARI 2013

InsyaAllah barang akan sampai sebelum Chinese New Year. Walaubagaimanapun barang masih boleh dihantar ke gudang selewat-lewatnya pada 30 Januari 2013. Tetapi barang akan dihantar ke Malaysia selepas 17 Februari 2013.

Gudang akan ditutup mulai 1 Februari - 17 Februari 2013

Terima kasih diatas sokongan anda! Selamat Tahun Baru Cina!

Harap maklum

TRIP DAN SEMINAR BORONG CHINA 2013

ALHAMDULILLAH.

Semua yang dirancang telah berjaya dijalankan. Sepanjang tahun lepas hanya sekali sahaja saya membatalkan trip ke China kerana kekurangan peserta, manakala semua seminar yang dinyatakan tarikhnya telah dijalankan!

Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan padu. Begitu juga penyertaan rakan2 dalam FB Borong China yang kni telah mencecah 3500 fans.

Bagi tahun 2013, saya telah pun menyusun tarikh2 trip yang boleh dirujuk disini. Untuk seminar pula, tarikhnya sudah ada tapi belum dipublish lagi disini

2012 bakal melabuhkan tirai. Bagi saya 2012 secara peribadi adalah tahun terbaik sepanjang 5 tahun saya menceburi bidang perniagaan. Saya tamat belajar di Germany pada Nov 2006 dan memulakan perniagaan Mac 2007. Saya tidak pernah bekerja dengan mana2 majikan dan alhamdulillah sehingga kini syarikat saya dan syarikat sekutu saya menjadi majikan kepada 4 orang pekerja

Apa barang HOT 2013?

Anda boleh baca disini ramalan saya untuk bisnes yang bakal meletop di 2013



Sunday, December 2, 2012

Part 1 : Persediaan Memborong ke China


Sebelum anda pergi memborong ke China, beberapa persediaan perlu dibuat terutama berkenaan barang-barang yang anda ingin borong.
  • Senaraikan kategori produk yang anda ingin cari dan jual
  • Buat homework dengan membaca forum-forum berkaitan perniagaan dan borong China
  • Cuba dapatkan harga dari pemborong di Malaysia terutamanya di kawasan
    • Plaza GM dan Plaza TAR (Pelbagai jenis barang)
    • Jalan Kenanga (Pakaian)
    • Pasar Borong Selayang (Makanan)
  • Juga dapatkan informasi produk dari Alibaba.com,MadeinChina.com dan lain2 B2B website
     
  • Bandingkan dengan harga di China
Perlu diingatkan terdapat terlalu banyak plaza/market/barang di China. Kalau anda pergi Guangzhou boleh tahan lagi kerana plaza/marketnya terletak berjauhan antara satu sama lain, tetapi kalau anda pergi Yiwu, dimana plaza/marketnya dalam satu kawasan....pening jadinya!

Jadi ambillah masa untuk buat sedikit homework dengan mengambil kira panduan yang saya berikan diatas.

Ini adalah sebahagian intipati Seminar Borong China yang akan saya adakan minggu ini. Banyak lagi tips yang saya akan kongsi dalam Seminar Borong China 8 Disember ini. Jangan lepaskan peluang!

Daftar sekarang dalam borang online dibawah




Part 1 : Persediaan Borong ke China

Kenapa memborong di China? Soalan ini anda perlu tanya diri anda sendiri sebelum pergi memborong ke China. Faktor mendorong ramai orang memborong barang terus dari China ialah kerana harganya yang lebih murah dari yang ditawarkan pembekal tempatan.

Namun suka saya ingatkan beberapa faktor perlu diambil kira sebelum anda pergi memborong ke China.




Share with friends