Saya suka membuat trip selama 6 hari 5 malam atau 5 hari 4 malam bergantung kepada perbincangan awal para peserta. Banyak faktor mempengaruhi pemilihan tarikh dan masa yang sesuai. Antara faktor yang saya sering titik beratkan ialah harga tiket, suasana di Guangzhou / Yiwu, cuaca dan sebagainya. Trip kali ini mengambil masa 6 hari 5 malam. Kebiasaannya pada hari terakhir trip saya akan membawa peserta ke gudang untuk menghantar barang2 yang dibeli secara kecil2an dan runcit2an. Disamping itu peserta sendiri akan melihat proses penerimaan barangan dan pemprosesan dokumen.
Kadangkala ada barangan yang kita berkenan tetapi tidak available pada masa tersebut. Barang tersebut perlu di tempah dan hanya akan available pada 2-3 hari berikutnya. Disinilah peranan gudang. Caranya cukup mudah. Buat tempahan dengan membayar sedikit deposit. Dapatkan resit sebagai salinan rasmi. Sekiranya tempahan kita besar dan bayarannya banyak, tidak perlu bayar semua sekiranya barang tidak dapat disediakan dihadapan kita. Berikan contact dan alamat gudang kepada pembekal untuk mereka berurusan sesama mereka.
Kita boleh serahkan duit kepada ejen gudang untuk uruskan. Apabila barang2 semua telah siap disediakan, pembekal akan menghubungi ejen gudang untuk bertanyakan status pembayaran. Dengan duit yang kita telah tinggalkan, ejen gudang akan membayar untuk barang2 yang kita telah pesan dan pembekal akan menghantarnya ke gudang. (Pada waktu ini kita sudah berada di Malaysia).
2 minggu kemudian insyaALlah barang2 kita akan sampai di Malaysia. (Khabarnya trip kali ini shipping barang2 berukuran lebih 2 cbm) Besar tu untuk 4 orang peserta. TAHNIAH!
Selepas melawat gudang para peserta dibenarkan untuk acara bebas. Bermakna saya sekali lagi tidak bersama peserta secara langsung. Pada waktu ini para peserta telah menguasai sedikit sebanyak cara menaiki METRO, jalan2 di bandar Guangzhou dan juga selok belok memborong.
Hasilnya, peserta telah meredah sendiri jalan dari Baiyun World Leather Centre ke Plaza Kosmetik berhampiran Guangzhou Railway Station. WOW! Lebih 2 kilometer juga mereka berjalan kaki.
0 comments :
Post a Comment