Day 1 : Trip belajar Memborong ke Guangzhou, China
Perjalanan dari Baiyun International Airport ke Guangzhou cukup menarik kali ini. Persiapan menjadi tuan rumah Sukan Asia sedang giat dijalankan. Banyak rumah dan bangunan di tepi highway dicat baru. Kerajaan tempatan Guangzhou memberikan peruntukan kepada premis2 dan bangunan untuk mengecat baru bangunan mereka.
Pemandangan depan hotel JinJiang Inn |
Kami tiba di hotel Jinjiang Inn tepat jam 1050 pagi. Urusan kemasukan (check in) cukup menguji kesabaran kami, proses check in menjadi lambat kerana saya berbincang panjang dengan pihak hotel berkenaan loyalty card dan juga harga bilik rate Canton Fair pada hari 14-15 Oktober 2010 yang menyaksikan harga bilik naik 150%.
Tip : Elakkan datang ke Guangzhou pada Canton Fair sekiranya anda tidak ada agenda di Canton Fair. Segala2nya boleh menjadi mahal!
Selepas berehat seketika kami makan tengahari di Xiaobei Lu di Restoran Al Rafideen. Memang perut orang melayu kecil sahaja. Makanan yang diorder utk 3 orang pon tak habis di makan oleh 5 orang.
Kemudian kami ke Plaza2 Pakaian di sekitar Guangzhou Railway Station. Plaza Baima dan Liu Hua menjadi tumpuan kerana koleksi pakaiannya yang menepati citarasa individu mahupun peniaga. Dengan kedatangan musim sejuk, banyak kedai sudah mula menjual koleksi pakaian sejuk dari shawl2 yang tebal2 hinggalah legging kaki yang tebal2.
Saya dengar bahawa di Shahe kita boleh dapat pakaian lelaki dan wanita pada harga yang lebih rendah dengan kompromi pada kualitinya. Mungkin hari terakhir akan melawat Shahe.
Anda ada feedback? Komen dibawah
0 comments :
Post a Comment