Sarapan pagi kami ialah di restoran La Mian terletak berhampiran jejantas yang menghubungkan Yi Sen Leather Centre dengan Baiyun Leather International Centre.
Kedai kepunyaan En Omar ini agak bersih berbanding kedai En Omar yang lagik satu yang dekat dengan Hotel Jin Jiang Inn Sun Yat Sen Memorial Hall. Jadi berselera sikit nak makan. Dengan sepinggan mee tarik dan sedikit lauk dan sayur sudah mampu untuk alas perut hingga ke petang. Harga pula tidak mahal hanya RMB 10.
Menghabiskan masa lebih kurang 2 jam di area situ.
Apa yang agak mengejutkan kebanyakkan kedai tidak menjual beg AAA berjenama Prada, LV, Guess dan Gucci dan lain2nya. Mengapa ya?? Seperti mana di Plaza TAR dan GM begitu jugalah disini. Menjelang
Canton Fair penguatkuasaan terhadap barang2 tiruan ini agak ketat dan kebanyakkan kedai tak akan display beg2 tersebut pada waktu2 sebegini.
Puan Azlin sangat berkenan dengan beg sekolah Thomas and Friends dan juga Lightning McQueen dalam cerita Car. Tetapi pekedai tersebut kata tiada stok! Melepassss.........memang kedai tu murah gile!
Selepas itu kami pergi ke Yide Lu. Memang tidak sah saya rasa mana2 trip akan melawat One Link Plaza. Bermacam2 barangan ada dalam One Link Plaza. Cuma ingin saya ingatkan, harganya mungkin boleh didapati di GM atau Chow Kit sekiranya anda beli sedikit atau anda tidak tawar langsung.
Akhir sekali kami terus ke Ximenkou untuk makan malam di Nur Bostan.
0 comments :
Post a Comment