Kebiasaannya pada hari keempat trip, saya akan membiarkan sendiri para peserta trip utk membuat ulang lawat ke plaza2 yang mereka telah pergi pada hari pertama hingga ketiga.
Trip kali ini menyaksikan sepasang peserta berminat dengan plaza fabrik dan kain yang terletak berhampiran Sun Yat Sen University.
Sepasang yang lain pula berminat utk memborong beg2 di kawasan Baiyun World Leather Centre dan sekitarnya.
Maka hasilnya ialah lebih kurang RMB 35,000 telah dibelanjakan oleh para peserta saya kali ini.
Saya hanya berfungsi sebagai pemudahcara. Hari pertama hingga ketiga ialah untuk membiasakan peserta dengan selok belok di Guangzhou dan membawa mereka melawat plaza2 borong yang mereka ingin pergi.
Oleh sebab itu jugalah setiap trip saya hanya membawa tidak lebih dari 8 orang peserta.
Untuk pra-pendaftaran trip akan datang, sila emel kepada bezahra@gmail.com
Selamat berniaga semua!
0 comments :
Post a Comment